Saturday 30 December 2017


30 (Sabtu) saya join group geng 2stroke ride ke Lata Kinjang, Perak.
Bertolak dari rumah dalam kol 5.50 pagi. Kami singgah Petronas seberang jaya sebab bercadang bekumpul semua skali di situ .Setelah semunya tiba kami pon bertolak
Syukur semuanya berjalan lancar.. Cuaca elok, tiada insiden yang tak diingini berlaku. Perjalanan jauh bersama kawa-kawan menjadi satu kisah yg kami dapat enjoy bersama yang amat berbaloi.

Sunday 17 December 2017

Konvoi Ke Cameron Highland




Pada cuti semester 17 december 2017 pada jam 04.30am,saya telah mengikuti rakan rakan saya ke Cameron Highland.Kami seramai 30 orang dengan 30 buah motosikal telah berkonvoi ke Cameron Highland.
Kami serviskan moto kami sehari sebelum kami mengikuti konvoi untuk tujuan keselamatan kami.kami juga telah membelikan makanan untuk dimakan dalam perjalanan ke Cameron Highland seperti coklat,roti dan ubat ubatan.kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh rakan kami dan diikuti oleh kami sekali,kami diiringi oleh Marshall yang mengetuai kami.Perjalanan kami agak menggembirakan saya dan rakan rakan kerana inilah kali pertama kami ke Cameron Highland.Kami membawa moto secara sederhana untuk keselamatan kami.kami singgah di perhentian Tanah Rata selama setengah jam untuk menyejukkan enjine moto yang panas supaya dapat mencegah dari "jem panas",sambil rehat kami juga menjamu selerakan makanan yang dibeli tadi.Selepas itu kami memulakan perjalanan kami untuk menuju ke Cameron Highland.Kami sampai ke hotel cameron yang bernama Green Ocean Inn pada pkl 10.15 am.

Sunday 22 October 2017

Pergi ke Kolam Air Panas Ulu Legong



Pada tarikh 22.10.2017, saya dan rakan saya telah pergi ke Kolam Air Panas di Ulu Legong . Itu adalah kali pertama saya ke sana . Saya dan rakan-rakan saya dapat meluangkan masa bersama-sama apabila berada disana .

Saturday 14 October 2017

Sambut Birthday Member




Pada 14/10/17, saya dan rakan saya telah pergi ke kedai makan di Permatang Pauh untuk menyambut Hari Jadi rakan saya iaitu Akmal . Akmal juga merupakan salah seorang pelajar ilp perai tetapi bkn di kos TKS . Akmal adalah pelajar daripada kos Teknologi Kimpalan .

Wednesday 30 August 2017

Konvoi Ke Kuala Lumpur



Pada 30/8/17, saya dan rakan-rakan saya berkonvoi beramai-ramai ke Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan .

Saturday 17 June 2017

Kerja part Time Mengisi masa lapang



Pada 17/6/2017, saya membuat kerja sambilan iaitu berniaga . Sebelum masuk ke ilp perai, saya mengisi masa lapang saya dengan menjual satay di sungai dua .

Cara Masuk Safe Mode

Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperb...