Saturday, 13 January 2018

Pergi Kenduri Khawin Kawan Di Kuala Lumpur



13-01-2018 lalu saya dengan rakan rakan pergi menghadiri kenduri kawin rakan saya.


Apa yang menarik perhatian saya semasa rakan saya kahwin adalah pada hari berlangsungnya Akad Nikahnya... kata orang-orang tua, hari jadinya. Gelagat orang yang ada di bawah khemah, dalam rumah, belakang rumah dan tuan rumah benar-benar membuatkan saya sering tersenyum seorang.
Paling steady budak-budak penanggah... Jaworld kata... rewang. Pakaian wajib... 


Seluar jeans lipat sampai tulang kering, towel good morning kat leher... tapi mesti gaya rock. Diaorang ni suruhlah kerja sampai malam... janji supply rokok tak putus.


 Asal pegang je mikrofon... mesti pakai spek hitam.
Tukang masak semua dekat belakang bawah satu khemah. Macam mana lajunya tangan diaorang buat kerja, macam tu jugaklah lajunya mulut diaorang bercakap. Semua topik sekaligus... dari hal pengantin sampailah hal jiran. Tuan rumah pun tak kisah... janji lauk siap on time dan cukup.
Memang tak susah saya hendak mendekati golongan semua ini...

lebih-lebih lagi bila saya pegang kamera. Apapun kehadiran dan gelagat mereka benar-benar menambah keceriaan majlis kenduri kahwin. Semoga tradisi mengadakan kenduri kahwin rakan saya di rumahnya ini akan dilakukan oleh rakan rakan saya...

No comments:

Post a Comment

Cara Masuk Safe Mode

Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperb...