Thursday, 15 February 2018
Gangguan bekalan air di Perak Tengah pulih hari ini
IPOH 15 Feb. - Gangguan bekalan air di Seri Iskandar, Bota Kanan dan kawasan sekitarnya di Perak Tengah yang berlaku sejak beberapa hari lalu dijangka pulih hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, gangguan disebabkan operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Senin terpaksa dihentikan kerana paras air Sungai Perak turun mendadak sehingga ke bawah paras operasi minima.
Menurutnya, ini menyebabkan pam air mentah di (LRA) Kampung Senin tidak dapat beroperasi.
Beliau berkata, ekoran itu Lembaga Air Perak (LAP) telah memohon kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan perlepasan air dari Empangan Chenderoh ke Sungai Perak.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menganggarkan aliran air dari Empangan Chenderoh ke Bota dijangka mengambil masa 24 hingga 28 jam.
“Adalah dijangka paras air Sungai Perak akan meningkat lanjutan dari peningkatan perlepasan air dari Empangan Chenderoh dan bekalan dapat dipulihkan pada lewat petang atau malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Masuk Safe Mode
Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperb...
-
KUALA LUMPUR 16 April - Selepas mengharungi dua aksi cemerlang dalam saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar dan Argentina 2018, pe...
-
HAMZAH: Segala kutipan GST oleh kerajaan akan disalurkan bagi membantu rakyat. BATU KURAU: Kenaikan harga barangan di pasaran serta ...
No comments:
Post a Comment