Monday 16 April 2018

Isu Dadah

AADK kesan 2,100 murid, pelajar terbabit dadah


MELAKA: Lebih 2,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed.


Bagaimanapun, katanya, walaupun jumlah itu masih belum berada pada tahap membimbangkan, namun kerajaan tidak berputus asa serta komited menangani permasalahan serta jenayah berkaitan dadah.


"Berdasarkan statistik terkini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti 2,100 pelajar sekolah rendah dan menengah membabitkan 178 sekolah di seluruh negara, terbabit dengan penagihan dadah.


"Jadi, wujud kebimbangan sehingga agensi terbabit (AADK) meminta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) membantu dan melaksanakan kempen di peringkat sekolah," katanya,


Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kelab Mahasiswa PEMADAM Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi, Timbalan Yang Dipertua PEMADAM, Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Pengerusi PEMADAM negeri, Datuk Latipah Omar.


Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua PEMADAM, berkata penubuhan kelab berkenaan di institusi pengajian tinggi (IPT) amat diperlukan kerana golongan mahasiswa turut diberi tanggungjawab turun padang ke sekolah bagi membanteras musuh nombor satu negara itu.


"Penuntut IPT juga menjadi sasaran sindiket pengedaran dadah di negara ini, terutama bagi pasaran dadah jenis sintetik.


"Ini kerana (penuntut), mereka mempunyai kuasa beli tinggi kerana kebanyakkannya datang dari latarbelakang keluarga berada,"katanya.


Beliua berkata, bagi tujuan membanteras dan memberi kesedaran, pembabitan penuntut IPT dalam kerja sukarela seperti kelab PEMADAM amat penting, selain memberi kesedaran kepada diri sendiri mahupun rakan sebaya.




Artikel Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/389019/aadk-kesan-2100-murid-pelajar-terbabit-dadah

No comments:

Post a Comment

Cara Masuk Safe Mode

Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperb...